Perth melaksanakan perintah sekatan selama lima hari selepas pengawal keselamatan di sebuah hotel kuarantin disahkan positif virus COVID-19.

Secara anggaran, kira-kira dua juta penduduk di Perth perlu berada di rumah bermula petang semalam dan begitu juga mereka yang tinggal di Peel dan wilayah barat daya Australia.

Sesi persekolahan yang sepatutnya bermula hari ini ditangguhkan dan penduduk hanya dibenarkan keluar untuk bersenam, keperluan kesihatan, perkhidmatan perlu serta untuk membeli makanan.

Laporan oleh: Reuters