Pihak yang ingin membuat kutipan derma, termasuk sumbangan untuk bantuan COVID-19, perlu mendapatkan kebenaran daripada polis terlebih dahulu.<br /><br />Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa mengikut prosedur biasa, pelaksanaan aktiviti mengutip derma mesti mendapatkan kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengelak ia disalahgunakan.