Honda Malaysia memohon maaf selepas seorang eksekutif kanan di firma itu membuat jenaka mengenai rogol dan Aids, di laman rangkaian profesional, LinkedIn.<br /><br />Syarikat itu mengatakan hantaran itu "tidak sesuai dan tidak sensitif" serta telah memulakan siasatan dalaman.
