Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim hari ini mendesak kerajaan untuk mengumumkan perincian berkaitan kontrak perolehan vaksin.

“Bukan sekadar mengumumkan 27 Feb (vaksin) akan sampai, (tetapi juga) untuk siapa, berapa jumlahnya, berapa kosnya, kontrak dan tender itu diperoleh oleh siapa?"

"Kerana masalah sekarang ini ialah dengan pakai payung darurat ini, masing-masing buat keputusan tanpa tender (terbuka)," katanya dalam video yang dimuat naik di Facebook hari ini.

Sumber video: https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/videos/176399174259016