Kerajaan hari ini membenarkan operasi beberapa lagi aktiviti perniagaan di sepanjang tempoh PKP, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.<br /><br />Tiga aktiviti perniagaan yang dibenarkan ialah pasar malam, kedai gunting rambut, pusat cuci kereta dengan SOP dan pengawasan ketat.
