Zarina Anjoulie meluahkan rasa syukur apabila urusan penceraiannya dengan Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas dipermudahkan dan berakhir dengan baik pada Rabu.<br /><br />Menerusi laman Instagram, Zarina atau nama sebenar Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, 34, berkongsi video dia hadir ke Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan bagi menyelesaikan urusan tersebut.<br /><br />"Assalamualaikum guys, Anju hari ini di Mahkamah Sendayan... Alhamdulillah dah selesai semua kes cerai, semuanya berjalan lancar, semua orang sangat membantu.