Menurut laporan Reuters, China enggan memberikan data asal mengenai kes awal COVID-19 kepada pasukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang sedang menyiasat asal-usul wabak itu di negara berkenaan. <br /><br />Tindakan berkenaan menyukarkan usaha memahami bagaimana virus itu bermula, menurut seorang pakar penyakit berjangkit yang merupakan salah seorang penyelidik pasukan itu.<br /><br />Pasukan siasatan tersebut telah memohon untuk mendapatkan data mentah 174 kes awal di Wuhan yang berlaku pada Disember 2019 daripada kerajaan China, tetapi hanya diberi laporan ringkas kes-kes tersebut.
