Lebih kurang 60 orang telah cedera apabila puluhan lori tangki dan gas yang membawa bahan bakar bernilai jutaan dolar terbakar di persimpangan perdagangan terbesar antara Afghanistan dan Iran pada Sabtu.<br /><br />Kejadian itu berlaku di pelabuhan Islam Qala, sebuah pelabuhan utama Afghanistan, dan menyebabkan keputusan bekalan elektrik.<br /><br />Difahamkan, kebakaran tercetus ketika lori-lori tangki terbabit diparkir di tepi jalan sebaik sahaja melintasi sempadan.
