PENYANYI Nabila Razali memberitahu dia tidak mahu melepaskan peluang untuk terlibat dalam perniagaan makanan dan minuman ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan.

Ujar Nabila, dia mengambil langkah berani ini kerana sedar industri kreatif masih belum dibenarkan beroperasi sepenuhnya khususnya.

“Ini adalah salah satu aktiviti untuk mengisi masa lapang sepanjang PKP, Alhamdulillah saya tak sangka akhirnya ada kedai sendiri.

“Ia adalah pengalaman baru, seronok dan tak sangka PKP ini ada banyak hikmahnya. Jadi apa kata kita cari alternatif untuk tambah pendapatan,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, walaupun sibuk dalam perniagaan makanan Nabila berkata dia masih tidak mengabaikan persediaan menghadapi Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL).

“Dekat rumah saya ada berlatih… saya masih lagi buat persediaan menghadapi AJL.

“Lagi pun sambil goreng ayam pun boleh menyanyi la,” katanya secara berseloroh.