PENYANYI Amylea mengakui lagu Kendati yang menjadi runut bunyi drama Takdir Yang Tertulis mempunyai kisah dan cerita tertentu yang tidak dapat dikongsi kepada umum.

Menurut Amylea sebagai komposer dan penyanyi, dia cuba mengelak untuk mengaitkan kisah peribadi dengan mana-mana lagu ciptaannya.

“Saya mahu pendengar kaitkan lagu itu dengan mereka sendiri supaya ia lebih luas.

“Saya tak nak kaitkan dengan diri sendiri,” ujarnya kepada mStar.

Januari lalu, media melaporkan tentang kisah putus cinta antara Amylea dan Farouk Roman yang terjalin selama 10.

Sementara itu Amylea berkata dia masih belum bersedia untuk berkongsi kisah peribadi kepada umum sehingga menghalang dia menghasilkan lagu baharu.

“Ia terlalu peribadi, bukan saya tak nak buat tapi ada sebab kenapa saya tak boleh buat lagu.

“Mungkin suatu hari nanti, kalau saya sudah bersedia untuk cakap... saya akan cakap sebab ada halangan untuk saya menulis tapi sekarang saya sudah dibebaskan,” katanya.