Sembilan lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes pergaduhan melibatkan senjata tajam di hadapan Chong Lin Plaza, di Jalan Green pada Ahad lalu.<br /><br />Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata polis telah melancarkan operasi bagi menjejaki dan menahan semua suspek selepas menerima laporan orang awam.<br /><br />Terdahulu tular video kes pergaduhan pada petang Ahad melibatkan dua kumpulan lelaki dipercayai berpunca daripada salah faham.
