Selepas pemergian Pengasas Pak Mie Shelter, Allahyarhamah Mak Intan pada awal Febuari lalu, kini ratusan kucing dan anjing peliharaannya pula bakal kehilangan tempat berlindung.<br /><br />Ini apabila tanah yang menjadi tempat haiwan itu berteduh akan diambil semula oleh pihak berkuasa tempatan dalam tempoh seminggu bagi tujuan pembangunan.<br /><br />Semalam pendakwah dermawan Ebit Lew tampil memberi bantuan selepas mendapat tahu kesukaran dihadapi waris Mak Intan mencari tempat perlindungan baru bagi haiwan terbiar itu.