Selepas beberapa kali ditangguhkan akibat perintah kawalan pergerakan (PKP), Mahkamah Persekutuan pagi ini akan menyampaikan keputusan mengenai tuduhan menghina mahkamah terhadap portal Malaysiakini.

Panel tujuh hakim yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf akan membuat keputusan apakah portal berita dalam talian itu telah melakukan penghinaan melalui komen pembacanya.

Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan tiba di Istana Kehakiman di Putrajaya pada jam 8.16 pagi tadi.

Sekiranya Malaysiakini dan ketua pengarangnya Steven Gan didapati menghina mahkamah, hukuman boleh dijatuhkan pada hari yang sama.