Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa responden pertama, Malaysiakini bersalah kerana menghina mahkamah.

Presiden Mahkamah Rayuan, Rohana Yusuf yang mempengerusikan panel hakim bagaimanapun berkata mereka tidak mendapati Ketua Pengarang Malaysiakini yang juga responden kedua, Steven Gan bersalah kerana menghina mahkamah.

Mahkamah Persekutuan memutuskan kes menghina mahkamah terhadap Malaysiakini merupakan peringatan kepada orang ramai untuk tidak menggunakan ruangan komen dalam talian untuk menyerang badan kehakiman.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/563542