Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membayangkan Dr Mahathir Mohamad sedang mencari “perumah” lain setelah tidak dihiraukan oleh rakan daripada Pakatan Harapan (PH).<br /><br />Mengulas kenyataan Mahathir yang sedia untuk kembali kepada Umno sekiranya parti itu kembali dasar awalnya, kata Zahid, syarat bekas perdana menteri itu hanyalah alasan dan dalih semata-mata.