Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Premesh Chandran telah membuat pembayaran RM500,000 kepada mahkamah persekutan di Putrajaya, pagi tadi.<br /><br />Pada Jumaat lalu, Malaysiakini didenda RM500,000 atas dakwaan menghina mahkamah oleh Mahkamah Persekutuan. Ia berhubung dengan komen pembaca portal berita itu.<br /><br />Bagaimanapun, kutipan sumbangan daripada orang ramai berjaya mengumpul lebih RM500,000 dalam masa kurang lima jam bagi membayar denda berkenaan.
