Pendakwah terkenal Ebit Lew sekali lagi tampil membantu golongan memerlukan, kali ini untuk dua beradik.<br /><br />Semalam Ebit berkongsi hantarannya merealisasikan impian adik Muhammad Faris dan adiknya Nurul Farisha untuk kembali ke sekolah.<br /><br />Terdahulu media melaporkan dua beradik ini dan tiga adik mereka dipelihara oleh datuk dan nenek yang uzur selepas kedua ibu bapa mereka dipenjarakan akibat kesalahan pengambilan dadah.