Surprise Me!

Siti Sairah harap ada ‘peluang kedua’ besarkan anak depan mata, 7 tahun anak dengan bekas suami

2021-02-25 105 Dailymotion

PENYANYI Siti Sairah berhasrat untuk kembali memikul tanggungjawab membesarkan tiga cahaya matanya selepas berjauhan sejak bercerai dengan bekas suami sekitar tahun 2014.

Ujar Sairah, sudah sampai masanya untuk dia meneruskan kehidupan bersama dengan anak-anak.

“Tak semua orang tahu situasi saya dengan anak-anak. Selepas bercerai dulu saya fikirkan itu masa yang sesuai untuk anak berada di sisi bapa serta datuk dan nenek mereka.

“Sekarang dah sampai masa saya memerlukan anak-anak dekat dengan saya… doakan,” katanya.

Dalam pada itu, Sairah tidak menolak jika ditawarkan untuk menyertai program TV Gegar Vaganza.

“Semua orang ada keinginan untuk come back, kalau ada peluang besar atau dipanggil untuk Gegar Vaganza kenapa tidak kan?” ujarnya.

Buy Now on CodeCanyon