Bekas ahli parlimen PKR, Larry Sng memohon maaf kepada penyokong Pakatan Harapan yang berharap pihak pembangkang menuntut kembali kerajaan dari PN.<br /><br />"Saya tahu sekarang ada kemarahan dan kekecewaan. Untuk itu, saya meminta maaf tetapi saya perlu menjaga pengundi di kawasan saya terlebih dahulu kerana mereka miskin.<br /><br />"Sebagai wakil mereka, saya bertanggungjawab untuk kebajikan mereka," kata ahli Parlimen Julau itu kepada Malaysiakini.