Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan sebanyak 2,063 kes Covid-19 baru dikesan berbanding 1,745 kes semalam, manakala lima lagi menjadi korban virus berkenaan.<br /><br />Selangor mendahului kes harian tertinggi dengan 630 kes, diikuti oleh Sarawak 361 kes dan Pulau Pinang 337 kes.<br /><br />Sementara itu lima lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah kematian mencecah 1,153 kes.
