Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu semalam tidak memutuskan secara jelas mengenai hubungan parti itu dengan Umno.<br /><br />Bagaimanapun, Setiausaha Agungnya, Hamzah Zainuddin, berkata Bersatu memandang serius kandungan surat yang dihantar Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi untuk tidak bekerjasama dengan parti itu dalam pilihan raya umum akan datang<br /><br />Menurut Hamzah, kandungan surat itu mempunyai implikasi besar terhadap kerjasama di antara Bersatu dan Umno di masa hadapan.
