PAS hari ini mencabar Umno untuk membuktikan semangat setia kawannya sebagai rakan seperjuangan yang setia dalam kerajaan PN.<br /><br />Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ini selepas gabungan parti itu menyatakan tekad untuk membina penyatuan ummah.<br /><br />Tuan Ibrahim berkata demikian dipercayai merujuk surat Presiden Umno Zahid Hamidi bertarikh 26 Feb yang menyatakan kebersamaan Umno dengan kerajaan PN hanya akan diteruskan sehingga pembubaran parlimen.