Syafeek Ikhwan mengakui formula berkongsi gambar dan video tidak berbaju di media sosial berjaya menarik perhatian netizen.

Ujar Syafeek, 33, dia sedar namanya masih belum memberi impak dalam industri berbanding penyanyi lain dan ia mendorongnya untuk mencari alternatif bagi meraih populariti.

“Cari publisiti murahan itu tak timbul… tapi ia mungkin untuk mendapatkan lebih perhatian.

“Persaingan dalam industri seni terutamanya muzik sangat kuat dan bakat semata-mata tidak cukup. Kita perlukan sesuatu untuk menarik perhatian orang untuk tengok siapa Syafeek Ikhwan,” kata penyanyi lagu Penjara ini kepada mStar.