MEMANG tidak disangka, anak kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Adrian Adam mampu menyanyi dengan baik.

Menurut Adrian, 13, dia tidak menjangka namanya kini dikenali selepas menyertai program Famili Duo yang disiarkan di TV3 pada Ahad lalu.

“Saya tak menjangka pun benda ini terjadi, ini adalah kali pertama saya menyanyi di pentas macam itu.

“Saya tak pergi kelas vokal, saya belajar sendiri tengok YouTube dan belajar sendiri,” katanya kepada mStar.

Tambahnya Adrian, dia akur teknik whistle yang dibuat ketika menyanyikan lagu Ku Bersuara adalah agak sukar namun tidak mustahil untuk dilakukan jika dengan latihan yang berterusan.

“Memang bagi orang whistle itu macam susah, tapi saya anggap orang lain pun boleh buat sebenarnya… cuma kena berlatih je.

“Menyanyi adalah hobi saya, saya pernah ada cita-cita nak jadi penyanyi tapi tidaklah betul-betul niat nak jadi penyanyi sebenar,” katanya.