Keputusan Majlis Tertinggi Umno untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu merupakan rumusan yang dibuat selepas melalui perbincangan yang panjang bersama semua ahli MT.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata, keputusan itu juga tidak mendapat sebarang bantahan mana-mana ahli yang menghadiri mesyuarat MT di Janda Baik, Pahang pada 19 Feb lalu.

Ahmad berkata demikian ketika mengulas isu-isu semasa dalam sesi bual bicara anjuran Umno Online semalam.

Sumber video: https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia/videos/3067395353488076