Ahli Parlimen Kuala Langat, Xavier Jayakumar pagi ini mengelak soalan pemberita ketika diminta mengulas tindakannya keluar daripada PKR dan menjadi ahli parlimen bebas serta menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN). <br /><br />"Saya tetap dengan kenyataan saya," katanya ringkas sebelum menaiki kereta ketika ditemui selepas beliau menerima suntikan vaksin Covid-19 di Dewan Kompleks Sukan MPKL hari ini.