Seramai 109 individu termasuk pengunjung dan pengurus sebuah pusat hiburan dikenakan kompaun berjumlah RM1.13 juta kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam satu serbuan di Muar malam tadi.

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua 81 lelaki dan 28 wanita itu ditahan kira-kira pukul 10.45 malam ketika sedang leka berhibur di pusat hiburan berkenaan ketika serbuan.

Beliau berkata kesemua pengunjung warga tempatan itu dikompaun RM10,000 seorang kerana tidak mengamalkan penjarakan fizikal ketika berada di dalam premis.

Sumber video: https://www.facebook.com/PolisJohor/videos/428058474922284