Kerajaan Perikatan Nasional masih belum memiliki majoriti di parlimen walaupun ada beberapa ahli parlimen PKR kini memberikan sokongan, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.<br /><br />"Sekiranya kita mengambil sebahagian daripada yang telah menyatakan sokongan (kepada saya), mereka secara teknikal tinggal 100 (orang).<br /><br />“Ini tak termasuk 13 dari Warisan, Pejuang, Muda (dan) yang lain [...] Apa yang membuat kamu fikir mereka mengambil tiga, mereka boleh memiliki majoriti?” katanya dalam sidang medianya hari ini.