Pengerusi Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat Khalid Samad berkata, dia kecewa dan terkejut akan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan berhubung penubuhan jawatankuasa tersebut.

Khalid mengatakan bahawa kenyataan Takiyuddin memberi gambaran pembentukan jawatankuasa seperti itu bertentangan dengan undang-undang.

Pada Ahad lalu, Takiyuddin menjelaskan jawatankuasa itu tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk menamatkan proklamasi darurat kerana hanya Jawatankuasa Khas Bebas Darurat mempunyai hak untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/566941