Zuraida Kamaruddin menjelaskan, program aktiviti berbasikal yang dirasmikan beliau di Kuala Lumpur baru-baru ini dan kini disiasat polis telah mendapat kebenaran pihak berkuasa itu.<br /><br />Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mengulas soalan pemberita mengenai laporan polis Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) terhadap beberapa menteri yang didakwa melanggar SOP perintah kawalan pergerakan.