Aksi Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak, Ipoh, sebentar tadi berakhir dengan ins!den kekecohan pemain yang hampir mencetuskan perg4duhan.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan punca kekecohan itu tercetus dan menerusi video yang tersebar, kekecohan itu berjaya dileraikan tanpa berlaku insiden lebih buruk.

Perlawanan kelima Liga Super itu berkesudahan dengan Perak dan JDT berkongsi satu mata selepas terikat 2-2.

Perak mendahului JDT 2-0 menerusi jaringan pemain naturalisasi ketiga negara, Guilherme De Paula pada minit ke-33 dan 58.

Bagaimanapun JDT berjaya bangkit mengikat kedudukan hasil jaringan Akhyar Rashid pada minit ke-74 dan sepakan penalti Leandro Velazquez pada masa kecederaan.

Sumber : BH