Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador bertegas untuk menghapuskan 'budaya' pasukan PDRM daripada dijadikan alat kumpulan-kumpulan tertentu supaya pasukan itu lebih diyakini oleh masyarakat.

Beliau menjelaskan, membenarkan polis diperalatkan pihak tertentu itu merupakan 'budaya lama' yang menyebabkan PDRM terpalit dengan imej buruk dan ia perlu dihapuskan segera.

Abdul Hamid menegaskan perkara itu dalam satu sidang media Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di IPK Selangor hari ini.

Sumber video: https://www.facebook.com/jsjnpdrm/videos/527051865365332