Seorang pemandu kereta jenis Perodua Myvi cedera selepas kenderaan yang dipandunya hilang kawalan di Bulatan Jalan Indah, Taman Bukit Indah, di Johor Bahru, semalam

Menurut laporan media, dalam kejadian yang berlaku pada pukul 3 pagi itu, kereta tersebut bergerak lurus di bulatan itu dan kemudian merempuh pagar bunga dan seterusnya 'terbang' merentasi longkang besar sebelum melanggar pokok.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan mangsa tidak mabuk dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan lanjut.

Sumber video: Media sosial