Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menjelaskan, tujuannya mendedahkan isu 'kartel' PDRM bukan kerana mahu kontrak lantikannya sebagai Ketua Polis Negara dilanjutkan.

Dalam sidang medianya hari ini, beliau juga yakin dengan kredibiliti pegawai-pegawai pelapisnya yang bakal mengambil alih pucuk pimpinan agensi penguatkuasa itu.

Untuk rekod, kontrak Abdul Hamid sebagai Ketua Polis Negara akan tamat pada 3 Mei 2021 setelah menerajui pasukan itu bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa sejak 4 Mei 2019.

Sumber video: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/277403250625194