Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador hari ini berkata dia tahu anggota dan pegawai polis yang terlibat dalam 'kartel' yang cuba menjatuhkannya.

Bagaimanapun, setakat ini Abdul Hamid belum merancang untuk mendedahkan nama mereka.

"Ia dalam kawalan dan saya akan ambil tindakan. Saya akan bincang dengan timbalan ketua polis negara," katanya pada sidang media di ibu pejabat polis Bukit Aman hari ini.

Sumber video:
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/277403250625194