Selepas 15 tahun memegang status ibu tunggal, penyanyi dangdut, Mas Idayu berkata hatinya kini sudah terbuka untuk mencari teman hidup.<br /><br />Meskipun masih belum mempunyai calon suami yang sesuai, Mas Idayu atau nama sebenar Masidayu Mesnun, 49, berkata dia sudah bersedia untuk kembali bergelar isteri.<br /><br />"Berbelas tahun hidup solo tanpa teman hidup, tahun lepas hati saya terbuka untuk ada seseorang yang akan menemani hari tua... terdetik di hati saya untuk menerima lelaki dalam hidup.