Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran 'Datuk' kepada Menteri Kanan Pendidikan Dr Mohd Radzi Jidin dan juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.<br /><br />Pengurniaan itu sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2021 (Sesi Pertama) yang berlangsung di Istana Negara hari ini.