Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia Dominic Lau berkata, ulang tahun ke-53 parti itu sedikit berbeza tahun ini memandangkan Gerakan telah menjadi parti komponen Perikatan Nasional.

Oleh itu beliau telah mengarahkan kesemua pejabat parti itu termasuk di peringkat negeri untuk menaikkan bendera Perikatan Nasional.

Dominic berkata demikian di majlis sambutan ulang tahun penubuhan Parti Gerakan Rakyat Malaysia ke-53 di Kuala Lumpur hari ini

Sumber video: https://www.facebook.com/gerakan.my/videos/353642102598046