Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata, usaha parti itu menghadapi musuh nyata jauh lebih mudah berbanding menentang 'musuh yang tersembunyi'.<br /><br />Malah katanya kesan daripada perbuatan pihak sebegitu jauh lebih besar kepada parti.<br /><br />Menjelaskan faktor-faktor yang perlu diberi perhatian dalam usaha Umno memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang, Mohamad berkata ada beberapa aspek yang perlu diberi penekanan, termasuk mengenali musuh sebenar.