Pegerusi Umno Perlis Shahidan Kassim yang merupakan antara pemimpin pro-Perikatan Nasional (PN) dalam parti itu, menegaskan kedudukan Umno dalam kerajaan PN sebenarnya lebih besar berbanding parti lain.

"Umno ada sembilan menteri, hampir 20 timbalan menteri - lebih besar daripada Bersatu, lebih besar daripada PAS, lebih besar daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS)," katanya.

Justeru kata Shahidan tafsiran mengenai kedudukan Umno dominan atau tidak dalam kerajaan PN perlu dibincangkan dengan lebih teliti.

Bagaimanapun untuk rekod, kedudukan semasa kabinet Muhyiddin Yassin menyaksikan Bersatu sebenarnya mempunyai 11 orang menteri.