Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, keputusan memutuskan hubungan dengan Bersatu bukan keputusan yang dibuat oleh dirinya, tetapi diputuskan secara kolektif oleh Majlis Tertinggi Umno.<br /><br />Menurutnya, MT Umno juga telah memutuskan pada Mac tahun lalu bahawa hubungan dengan Bersatu mempunyai tempoh jeda waktu iaitu hanya sehingga pilihan raya umum ke-15.