Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjelaskan ketetapan memutuskan hubungan dengan Bersatu oleh Majlis Tertinggi adalah muktamad.<br /><br />Menurutnya, keputusan itu akan diabsahkan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 hari ini dan beliau meminta semua perwakilan Umno untuk menyokong perkara itu. <br /><br />Dalam ucapannya di perasmian PAU 2020, Ahmad Zahid berkata ketetapan itu bukan sahaja lahir daripada keputusan MT, tetapi ia juga merupakan suara daripada akar umbi.