Ahli Majlis Tertinggi UMNO Johari Abdul Ghani hari ini membidas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali bahawa Malaysia bersikap “lebih selektif” dalam menarik pelaburan asing yang berkualiti. <br /><br />Bekas menteri kewangan II itu berkata, kenyataan itu tidak masuk akal sedangkan negara-negara jiran seperti Indonesia terus menerima pelaburan yang kukuh di sepanjang tempoh pandemik Covid-19. <br /><br />Johari berkata demikian ketika membahas ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno 2020 hari ini.