Umno Johor yakin dapat menumbangkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan parti itu di Johor kerana dilihat tidak mempunyai sokongan yang kukuh di negeri itu.<br /><br />Ketuanya Hasni Mohamad berkata, walaupun pada mulanya Umno negeri mahu memberikan laluan kepada Muhyiddin di Pagoh, namun ia dibantah oleh Umno bahagian itu.<br /><br />Katanya lagi, tinjauan yang dilakukan Badan Perhubungan Umno Johor mendapati hanya 26 peratus pengundi Melayu yang menyokong Perikatan Nasional di Johor.