Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno masih belum mempunyai kekuatan sendiri untuk menghadapi pilihan raya umum walaupun tidak lagi mahu bekerjasama dengan Bersatu. <br /><br />Ahli Parlimen Langkawi itu berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Perhimpunan Agung Umno untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu.