Presiden PKR Anwar Ibrahim mengesahkan ada mengadakan pertemuan dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebelum 'Langkah Sheraton' tahun lalu.<br /><br />Namun katanya, perkara itu tidak lagi relevan kerana usaha Muhyiddin mewujudkan kerjasama di antara mereka tidak mengambil kira prinsip dan perjuangan Pakatan Harapan. <br /><br />Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan mengenai kenyataan ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang mendakwa Anwar pernah ditawarkan menyertai 'Langkah Sheraton' tahun lalu.