Umno akan memilih calon perdana menteri (PM) dan timbalan perdana menteri (TPM) sekitar Jun ini, menerusi pemilihan oleh ahli Umno di akar umbi, kata bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa.<br /><br />Kata ahli parlimen Ketereh itu, ramai pihak bertanya kepadanya tentang siapakah calon daripada Umno bagi dua jawatan penting itu menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-15 nanti.