Timbalan Ketua Umno Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz mengemukakan sendiri surat rayuan terhadap penggantungan keahliannya selama enam tahun kepada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi hari ini di PWTC.<br /><br />Ketika bercakap kepada media selepas menghantar surat itu, katanya beliau menghantar hujahan pembelaannya kenapa beliau tidak wajar dikenakan penggantungan selama enam tahun.
