Presiden PKR Anwar Ibrahim mengingati semula ketika beliau mempertahankan muzik rap sewaktu kerajaan mengharamkan muzik itu pada tahun 1990-an.

Katanya, beliau telah mengemukakan masalah itu kepada perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad dalam mesyuarat kabinet.

Anwar berkata demikian dalam majlis "Siri Temu Anwar" bagi menyambut penyertaan penyanyi rap Altimet dan pelawak Afdlin Shauki menyertai PKR semalam.

Sumber: https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/videos/769235367312529