Akram Floor 88 memberitahu dia mengalami muntah-muntah selepas tamat persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-35 pada 14 Mac lalu.

Menurut Akram, dia berdepan masalah sukar untuk bernafas kerana memakai pelitup muka selain terhidu asap yang digunakan untuk kesan khas pentas.

“Kita tak biasa pakai mask ketika melakukan persembahan, bila kita bermain drum ia menggunakan banyak tenaga dan di situ ada asap CO2 yang menembak tepat ke muka saya.

“Saya macam sesak nafas, sejujurnya memang saya tidak selesa bermain drum pakai mask tapi kita kena juga ikut SOP, saya minta maaf kat cleaner di MBSA,” ujarnya kepada mStar.